PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

TENTANG UMMI PAD

Salam perkenalan!

Terima kasih kerana sudi membaca dan browse over kandungan di blog saya ini. Saya sangat hargai masa dan kesabaran anda. Terima kasih.

Perniagaan ini lahir di atas minat saya terhadap bidang jahitan. Antara projek yang sangat saya minati adalah menjahit pad kain. Tiada yang lebih menggembirakan selain daripada mengetahui bahawa saya menyumbang kepada sedikit proses 'penghijauan semula' alam sekitar. Sudah agak lama sejak kali terakhir saya melalui lorong menjual pad pakai-buang di kedai. Saya sering tersenyum melihat gelagat para wanita yang teragak-agak ketika membeli pad pakai-buang. Terfikir-fikir dan mencongak-congak. Kasihan..saya sudah bebas dari kerisauan itu semua.

Saya ada bekalan pad kain yang mencukupi untuk diri sendiri. Dua puluh helai pad kain. Pelbagai warna, corak, jenis dan ketebalan. Untuk menyesuaikan diri dengan aliran period yang pelbagai juga. Saya bersyukur kerana saya kini lebih berjimat. Namun rasanya, saya bakal menambah cloth pad stash saya, hehe!

Sungguh saya terharu kerana ramai pelanggan yang percayakan saya dan produk saya. Tentulah banyak pertanyaan yang diberikan sebelum membeli. Bagus begitu. Jadilah pengguna yang bijak! Saya akan menjahit dengan sebaik-baiknya demi kepuasan pelanggan yang saya hormati sekalian.

Kini sudah ada tiga pattern UMMI PAD. Rujuk gambar di tab "BENTUK DAN HARGA":

  • Signature. Paling simple dan klasik. Seumpama mak-mak, nenek-nenek, moyang-moyang kita dahulu yang melipat kain perca atau kain batik lama untuk menampung darah haid. Bermulanya UMMI PAD dengan langkah kecil yang sangat sederhana.  Namun lebih comel coraknya berbanding kain perca dan batik lama kan? 
  • Contoured. Lebih moden seakan pad pakai-buang. Masih menggunakan fabrik yang sama sepertimana pad signature, namun bentuknya lebih 'curvy'. Harga sedikit mahal kerana agak sukar juga nak menggunting dan menjahitnya.
  • Wing. Bagi mereka yang sukakan pad wing. Baru-baru sahaja dilancarkan dan lebih fabric diperlukan untuk menjahitnya. Snap button diletakkan pada 'sayap' dan dibutangkan sebagai ganti pelekat pada pad pakaibuang.

Terima kasih kerana membaca..


Yang benar,
Lynn Nasir