PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

06 Oktober 2010

BASUH, SIDAI DAN PAKAI!

Assalamualaikum semua, semoga sihat-sihat selalu..

Tidak susah untuk menguruskan pad kain. Hilangkan mentaliti "Aku ni wanita bekerja, sangat sibuk..mana ada waktu untuk mencuci pad kain ni, leceh la!". Adakah pakaian anda dihantar ke dobi setiap masa? Adakah pad pakai-buang anda tidak dibasuh sebelum dibuang? Yuck! Biar betul..

-Setiap kali menukar pad kain yang sudah 'lencun' kepada yang baru, teruslah menyiram pad kain terpakai itu dengan air paip biasa. 

-Basuhlah menggunakan sabun apa pun (sabun mandi atau sabun cuci baju). Bilas bersih dan terus jemur. 

-Tidak perlu air panas, tidak perlu peluntur mahupun pelembut kain. Sangat mudah! 

-Jika tiada masa membasuh ketika menukar, rendamlah dahulu sehingga sampai masa untuk mencuci baju. Jangan lupa menukar air rendaman dari masa ke semasa. Kemudian, masukkan sahaja ke dalam mesin basuh. Basuh seperti biasa membasuh baju.

Cara saya menjemur: