PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

02 Oktober 2010

TATACARA MEMBASUH



 Sangat mudah dan tidak menakutkan :D

  1. Pad kain yang kotor hendaklah terus dicuci dengan aliran air sejuk sebagaimana kita mencuci disposable pad dulu. Logiknya, pad kain ini adalah KAIN, macam pakaian kita yang lain. Cuci sahaja macam biasa kita mencuci pakaian. Cuci tangan atau mesin basuh, terpulang!
  2. Sekiranya menukar pad kain di luar rumah (sewaktu bekerja atau keluar outing), lipat atau gulung pad kain yang kotor itu dan simpan dalam beg kalis air atau plastik beg biasa. Apabila sampai ke rumah nanti, rendam seketika. Kemudian cucilah seperti biasa.
  3. Jangan menggunakan pelembut kain (Downy ke Softlan ke atau apa-apa pun pelembut). Biasanya pelembut kain akan menyebabkan kain diliputi oleh satu lapisan kalis air. Kurang penyerapan, kurang baguslah untuk pad kain kita!
  4. Jangan menggunakan peluntur berasaskan klorin. Warna akan luntur dan kain cepat reput.
  5. Tidak perlu menggunakan air panas untuk mencuci pad kain. Air panas akan menyebabkan kesan kotoran semakin susah untuk ditanggalkan.
  6. Akhir sekali, gunakanlah sabun pencuci apa pun. Asalkan bersih pad kain kita, dan jangan lupa untuk menjemur di bawah cahaya matahari.