PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

03 Oktober 2010

TAK BOCOR KE?

Banyak persoalan di sini. Dua yang utama kini disenaraikan untuk diselesaikan:


1. Tiada waterproof layer, tidak bocor ke?
  • Tidak mudah untuk pad kain ini bocor. Pad kain ini terdiri daripada 5 saiz berbeza, khas untuk fungsinya masing-masing. Hendaklah dipakai mengikut keperluan. Bagi puan-puan yang heavy flow, sila pakai pad kain "heavy flow" sekiranya susuk badan kecil ke sederhana besar. Sekiranya bersusuk badan tinggi dan besar, sila pilih pad kain jenis "night time/postpartum". Ketebalan kedua-dua pad ini sama namun dibezakan dengan panjangnya. Kedua-dua pad kain ini mempunyai 3 lapisan penyerap (soaker) yang terdiri daripada terry (2 lapis) dan fleece 1 lapis, di samping kulit luarnya yang diperbuat daripada cotton flannel. Istimewanya pad kain ini ialah puan-puan boleh memakainya sama ada dari atas ke bawah atau bawah ke atas. Ini juga bermakna ketebalannya boleh disesuaikan mengikut keperluan. Hanya tambah sekeping lagi pad kain lain sebagai soaker tambahan. Sama ada 'heavy flow' di atas 'night time' atau 'regular' di atas 'heavy flow'. Sekiranya bocor, ini bermakna pad kain tidak diletakkan dengan betul atau pad kain sudah tepu dengan darah. Kebocoran juga boleh berlaku jika terdapat 'detergent built-up' pada pad kain - akibat berlebihan sabun ketika mencucinya.

2. Tiada wings dan snap button, tak tercicir ke?
  • Tidak. Kain dengan kain akan 'melekat' dan tidak mudah tergelincir. Sila jangan lupa puan-puan sedang memakai pad kain ^^ 

P/S: Sebenarnya pad kain batch pertama ini direka untuk memenuhi keperluan para wanita yang tidak suka memakai pad dengan wings. Ada yang rasa tidak selesa dengan wings dan ada juga yang melecet. Ini juga adalah pengenalan kepada rekaan yang lebih simple dan tidak leceh (tidak perlu dibutangkan). Mudah ditarik ke hadapan atau ke belakang tanpa perlu dibuka-tutup butang pada wings. Rekaan ini juga ditujukan kepada wanita yang sering duduk lama ketika 'travelling', atau menunggang atau duduk lama di kerusi. Snap button akan meninggalkan rasa kurang selesa. Pendapat ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan melalui pembacaan artikel di internet.