PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

01 Oktober 2010

PENGENALAN CLOTH MENSTRUAL PAD

"MENSTRUAL CLOTH PAD" atau pad menstrual kain ini fungsinya sama dengan menstrual pad pakai-buang di pasaran. Bezanya hanya dari segi material pembuatannya. Oleh kerana banyak kajian telah membuktikan bahawa pad pakai-buang mengandungi sejenis bahan kimia bernama 'dioksin' yang bersifat karsinogen (penyebab kanser), maka dengan akal yang sempurna tentulah membuat pilihan yang selamat wajib kita utamakan. Dalam blog ini ia akan dikenali sebagai 'pad kain'.

Pelbagai nama dan istilah digunakan untuk 'menamakan' cloth pad ini. Antaranya sanitary napkin, sanitary towel, sanitary pad, Maxi pad (U.S.), menstrual pad, atau juga pad. Sumber Wikipedia.

Mengikut definisi daripada Wikipedia, pad kain adalah bahan/benda penyerap yang dipakai oleh wanita ketika haid (datang bulan), atau ketika pemulihan dari pembedahan vagina atau selepas melahirkan anak, keguguran kandungan, atau apa-apa keadaan yang sesuai untuk menyerap aliran darah dari vagina wanita. Jadi, apa-apa sahaja yang kita 'tepekkan' di 'situ' ketika 'diperlukan' adalah memadai dan pasti dikenali sebagai "pad kain". Di atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan, pilihlah cloth pad! (^o^)//

Janganlah merasa ragu-ragu atau pelik akan kehadiran cloth pad ini. Ianya bukanlah ciptaan pelik yang baru, tetapi telah lama wujud dan digunapakai oleh moyang-moyang atau nenek-nenek juga emak-emak kita terdahulu. Hanya bentuk dan struktur pembuatannya telah dimodenkan sedikit sesuai dengan gaya hidup kita kini. Ingat, ia bukanlah perkara pelik yang aneh jika memakai cloth pad!


Langkah-langkah pemakaian cloth pad:

1. Gunakan ketika perlu: letak di atas seluar dalam dan pakai seperti biasa (macam pad pakai-buang).

2. Tukar dengan kerap apabila perlu sepertimana pad pakai-buang. Jangan biar lama-lama nanti 'terperah'. Lagipun darah tu kan darah kotor, janganlah kita biar sahaja lama-lama. Berkuman nanti!

3. JANGAN BUANG pad kain!! Simpan dalam beg khas yang kalis air untuk dibawa balik ke rumah dan dibasuh. Inilah kecantikkan memakai pad kain. Boleh dipakai semula selepas dicuci bersih. Jimat kan?

4. Sekiranya anda tergolong dalam kelompok yang 'heavy flow' atau aliran darahnya banyak, pad kain buatan saya boleh dilapis-lapiskan untuk menambah ketebalan lapisan serapan kerana ia tiada lapisan kalis air (waterproof layer). Setiap wanita adalah unik dan tersendiri, saya hanya menyediakan keperluan asasnya sahaja. Andalah yang lebih mengetahui keperluan anda sendiri.


Kebaikan:

1. Berkemungkinan besar akan bertahan lama. Sepertimana baju yang dibasuh hari-hari dan masih tahan bertahun-tahun..begitu jugalah pad kain. Apatah lagi ia hanya dipakai sekali sebulan.

2. Dalam masa beberapa bulan, kos membeli pad kain akan ditebus dan pemakaiannya selepas itu adalah percuma! Berbanding pad pakai-buang yang perlu dibeli setiap bulan, kosnya akan terus bertambah.

3. Tiada lagi kerisauan akan menerima kesan buruk akibat bahan kimia yang ada dalam pad pakai-buang.

4. Secara tidak langsung anda menyumbang sedikit pertolongan terhadap alam sekitar dengan mengurangkan kadar bahan buang yang tidak boleh dikitar semula.

Lain-lain info akan saya tambah di masa akan datang. Terima kasih kerana membaca ^^