PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

04 Oktober 2010

PAD KAIN VERSUS PAD PAKAI-BUANG




Salam sejahtera semua, apa khabar?

Saya baru sahaja berjalan-jalan secara maya di Facebook dan terjumpa pula satu gambar tentang pad sanitary yang berherba. Nampak amat baik sekali bukan? Namun, realitinya ia masih pad pakai-buang. Sampah darinya akan tetap terkumpul. Satu fakta tentang pad ini ialah tidak dijamin selamat untuk dipakai oleh ibu-ibu mengandung. Mungkin kerana kandungan herbanya yang pelbagai. Dari dua point ini sahaja, pad herba sudah kalah teruk dengan pad kain!

  • Tiada sampah terkumpul sekiranya kita memakai pad kain. Ini kerana ia boleh dibasuh dan dipakai semula. Ada ibu-ibu yang memakainya dan telah mewariskan pad kainnya kepada anak-anak perempuannya pula. Betapa menjimatkan!
  • Tidak mengapa sekiranya ibu mengandung ingin menggunakan pad kain. Kadang-kadang ada masalah keputihan dan discharge. Saya faham, kerana saya sudah melaluinya. Sangat melegakan apabila sesudah mandi kita dapat mencapai panty liner kain yang sememangnya sedia ada di rumah kita. Tidak perlu berfikir untuk membelinya setiap bulan dan tidak perlu beli untuk buat stok bulan depan. Lega kan?
  • Cute faktor. Faktor kecomelan. Apa lagi perlu saya terangkan tentang warna dan corak yang terdapat di pad kain berbanding pad pakai buang?
  • Lecehnya pad pakai-buang dengan pelekatan gam. Pernah alami pelekat pada wings melekat-lekat atau terkoyak semasa ditanggalkan dari panty? Bayangkan pula pelekat melekat di kulit kita.
  • Pad kain batch pertama saya tiada wings. Kebiasaannya, sedikit kebocoran akan berlaku melalui wings (jika kita leka dan lupa untuk menukar ke pad kain bersih secepatnya). Kerana itu saya menggemari pad kain tanpa wings dan ingin berkongsi kebahagiaan memakainya dengan sahabat sekalian.
  • Pad pakai buang ada pelbagai bahan peluntur untuk menjadikannya putih bersih. Bolehkah sahabat sekalian menjamin yang tiada langsung bahan kimia peluntur yang tertinggal di pad pakai-buang itu? Pad kain hanya ada bahan pewarna kekal dan mungkin bahan kimia yang membuatkan baunya seperti "bau kain baru". Selepas dicuci, masalah hilang.
  • Keselesaan memakai pad kain ialah seperti memakai seluar dalam sahaja. Ianya KAIN. Kulit boleh 'bernafas seperti biasa. Berbanding pad pakai-buang yang ada lapisan plastik. Bagaimanakah keadaannya 'di bawah' sana yang terpaksa mengitar udara dan bau yang sama? Maklumlah, ada plastik yang menghalang peredaran udara bersih.
  • Banyak sudah saya baca testimoni pada pemakai pad kain. Katanya, kitaran haid menjadi berkurangan. Jika selalunya melarat spotting hingga ke 10-11 hari, jika memakai pad kain ia menjadi 8-7 hari haid sahaja.
  • Pad kain tidak 'menyedut' keluar darah haid. Sebaliknya ia menyerap. Logik tak kalau ada gel yang menyedut darah haid maka haid menjadi berpanjangan? Itu masalah pada pad pakai-buang. Tidak normal, malahan membimbangkan!
  • Ada sesetangah syarikat pengeluar pad herba yang mengambil insuran jutaan ringgit terhadap produk mereka. Mengapa? 
  • Pakailah pad kain anda tanpa was-was akan risiko berkaitan kesihatan. Saya belum insurankan pad kain saya ini, kerana tiada apa yang akan membahayakan pembeli saya. Insyaallah. Tapi saya tak jamin kalau pad kain anda hilang, maklumlah..terlampau kiut ^^