PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

02 Oktober 2010

FAKTA PAD

UMMI PAD



FAKTA MENARIK
  • Terdapat lima (5) saiz pad kain setakat ini.
  • Ketebalan, panjang dan lebar pad adalah berbeza sesuai dengan kegunaannya. 
  • Bentuknya sangat simple dan 'straight-forward'. Bagi mereka yang sedikit (atau banyak) cerewet mungkin pad buatanku ini tidak sesuai buat mereka. 
  • Sangat mudah, ambil dan letak terus di atas seluar dalam. Pakai macam biasa.
  • Tiada lapisan kalis air (waterproof), jadi boleh digunapakai di kedua-dua bahagian atas dan bawah.
  • Boleh ditambah lapisannya mengikut keperluan.
  • Kelebihannya ialah mudah 'dibetulkan' kedudukannya. Pad ini tiada 'wings' dan snap button. jadi just 'tarik-tarik' je ke depan atau ke belakang jika nak betulkan kedudukan pad.
  • Dilarang menggunakan pad kain ini dengan seluar dalam longgar sebab kalau tercicir nanti siapa yang malu? Hehe! Sudah dibuktikan sendiri oleh Puan Punya Pattern dan juga dikuatkan melalui pembacaan di internet ini bahawa 'kain-dengan-kain' takkan tergelincir. Maknanya, seluar dalam (kain) dengan pad kain (kain), akan stabil bersama-sama dan takkan tercicir melainkan atas sebab seluar dalam longgar itu la. 
  • Sila jangan lupa yang anda sedang memakai pad kain jenis ini!


 UKURAN 
  1. Panty liner (pelapik seluar dalam) - 20cm x 7cm
  2. Light flow - 21cm x 9cm
  3. Regular flow - 24cm x 9cm
  4. Heavy flow - 30cm x 11cm
  5. Night time/ postpartum - 35cm x 12cm
* Sila rujuk pada gambar di atas dari yang paling kecil ke yang paling besar.
** Ukuran mungkin lebih atau kurang 0.5cm.



CORAK DAN WARNA BATCH PERTAMA