PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

01 Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Bismillah..

Apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat sahaja. Blog ini adalah blog kedua saya. Agak formal kerana ia berbentuk blog perniagaan. Di sini saya akan senaraikan segala hasil tangan saya. Ianya untuk dijual dan dikongsi bersama kawan-kawan semua. Doakan saya agar perniagaan ini berkembang maju dan tidak hangat-hangat tahi ayam.

Perjalanan untuk memulakan blog ini tidak mudah sementelah saya juga merupakan ibu kepada dua anak yang masih kecil. Surirumah sepenuh masa. Tahun ini saya berhajat untuk mencuba nasib di dalam bidang perniagaan. Duduk goyang kaki memang mudah, namun tuntutan hati agar segera mengubah nasib hidup (disamping membantu suami), amat kuat. Maka "Working-At-Home-Mom" adalah pilihan saya.

Sayidina Umar r.a berkata:
"Jangan ada seorang antara kamu yg enggan mencari rezeki,dan hanya berkata Ya Allah ,berilah rezeki kepadaku, sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas ataupun perak".

Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji".

Maka, dengan Nama Allah swt saya ingin merasmikan blog ini sebagai medan perniagaan maya saya dan keluarga. Semoga ia diberkati dan kawan-kawan juga mendapat manfaat darinya. Insyaallah ^^

Tiada ulasan: