PELANGGAN YANG DIHORMATI!

Selamat datang ke Ummi Creates blogshop. Terima kasih!

Sila tekan tab:

"BENTUK & HARGA" untuk melihat ketiga-ketiga bentuk cloth pad buatan saya.
Di situ juga tersenarai harga bagi setiap keping pad.


"TATACARA MEMBELI" akan menerangkan cara tempahan dan syarat-syarat pembelian.

Saya syorkan anda membaca dengan teliti terlebih dahulu entri di blog saya ini untuk
lebih memahami konsep memakai cloth pad (pad kain). Jangan malu bertanya sekiranya ada
yang tidak jelas melalui pembacaan.

Email saya: ummicreates@gmail.com

Terima kasih! ^^

18 Oktober 2012

UPDATE STATUS MENJAHIT

Assalam semua,

Saya sudah lama tidak update blog ini ye? Maaf..macam terbengkalai sahaja ye. Sebenarnya saya masih menjahit dan menerima tempahan. Cuma setahun ini tidak berapa produktif bagi saya kerana alahan mengandung dan seterusnya sekarang ni masih berpantang. Saya tak pasti bila saya akan buka semula tempahan. Banyak lagi tempahan tertunggak yang perlu saya sudahkan. Insyaallah semuanya akan back to normal sedikit masa lagi. Semoga Allah swt memudahkan urusan saya dalam bidang menjahit dan berniaga ini.

Bagi pelanggan atau bakal pelanggan yang sudah email dan hubungi saya, saya akan balas email anda, insyaallah. Berikan sedikit masa untuk saya sort things out. Serius, email saya pun dah keluar sarang ^^"

Jumpa lagi, dan jaga diri baik-baik :)

02 Jun 2011

HARGA BARU KIKI PAD

Setelah berminggu-minggu membiarkan entri tentang Kiki Pad dengan harga promo, bermula hari ini Kiki Pad akan dijual dengan harga baru:

KIKI PAD NEW PRICE


Petite Liner Kiki Pad = RM15
Regular Pad = RM20

Overnight Pad = RM25


 Petite Liner


 Regular


 Overnight, Petite Liner

08 Mac 2011

KIKI PADS - REGULAR

Features:
  • Regular size
  • Waterproof
  • Soaker : bamboo terry + cotton terry
  • Outer fabric : imported US flannel
Price per piece : RM15 (promo price)

  ~ sold out, tunggu next batch ye, tq! ~

03 Mac 2011

KIKI PADS

Salam sejahtera buat pembaca tersayang (^__^)//


Kini Ummi Creates membawa brand terbaru dalam ciptaan pad kain (cloth pad) seiring dengan ketiga-tiga jenis pad yang sedia ada. Nama brand terbaru itu adalah "Kiki Pad". Berasal dari U.S dan entri ini adalah entri pengenalan tentangnya. Harga juga sangat berbaloi-baloi!


Buat masa ini terdapat 7 keping sahaja ready stock untuk Petite Liner Pad.

-sold-


sold


sold


-sold-


sold


-sold-


-sold-



Maklumat berkaitan Petite Liner Pad:
Petite Liner Pad ini boleh digunakan sebagai pantiliner dan light flow pad sahaja.
Panjang : 9"
Lebar : 7.5" (3.5" selepas dibutangkan)

Material : US flannel, cotton terry, resin snap buttons
(terdapat sulaman ringkas pada bahagian atas pad - menyentuh kulit).
Ready stock : Tiada, harap bersabar untuk next batch.

Harga : RM10/pc (harga pengenalan)

Kiki Pads boleh dijahit dalam versi Regular dan Overnight juga. Material yang akan digunakan adalah US cotton flannel untuk bahagian luar pad, dan kombinasi bamboo terry dan cotton terry untuk bahagian penyerapnya. Terdapat waterproof hidden layer untuk Regular Pad dan Overnight Pad. Sila email saya untuk sebarang pertanyaan (ummicreates@gmail.com). Terima kasih!

27 Januari 2011

SEDIKIT PERUBAHAN DI SINI

Harap-harap perubahan ini akan memberikan saya lebih masa untuk menjahit dan berehat. Hem..dilema orang bekerja. Mana pernah tak penat kan? Kalau betul bekerja, mesti penat. Tak kira la kerja macam mana pun..

Perubahan apa yang akan berlaku di Ummi Pad?

Selepas bulan Februari 2011, saya tidak akan mengambil tempahan (custom order). Saya ingin melihat sejauh mana saya memahami kehendak pasaran dan seramai mana yang suka membeli berdasarkan apa yang sedia ada. Harap-harap perubahan ini akan memberikan kelegaan kepada saya yang semakin diburu waktu. Hehe..

Saya berdoa agar perniagaan saya akan terus maju. Disokong oleh ramai pembeli tempatan. Hargailah buatan tangan (homemade). Kami menjahit dengan ingatan yang tertumpu kepada pembeli. Bukan berdasarkan untung semata-mata sepertimana buatan kilang. Bantulah penjual barangan "homemade", bukan hanya Ummi Pad tetapi yang lain-lain. Kami semakin ramai di Malaysia, namun ramai juga yang 'terkubur' perniagaannya kerana tiada sokongan ramai. Sangat menyedihkan, kerana buatan tangan mereka sangat ekslusif dan bernilai. Pembeli menindas kerana memikirkan barangan homemade harus lebih murah. Oh..bayangkan la bagaimana perasaan kita bila kita dinilai lebih rendah dari sepatutnya? Sedih ya..

Terima kasih banyak-banyak kerana membaca rintihan hati saya. Terima kasih kerana singgah ke Ummi Pad!!

22 Januari 2011

NANTIKAN FEBRUARI

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Sudah lama saya tidak update blog jualan ini. Alhamdulillah, hidup saya seharian penuh dgn aktiviti menjahit dan menjaga anak. Sometimes sakit-sakit juga. Macam manusia biasa :)

Saya juga sibuk menyiapkan tempahan lampin kain moden bagi anak-anak. Nanti jika sempat sy upload gambar terbaru ciptaan saya ye? Terima kasih kepada para pelanggan yang memberikan kepercayaan kepada jahitan saya.

Tahun baru ini, saya ingin memulakan dengan jualan pengenalan terhadap produk yang lebih hipoalergenik dan menggunakan material luaran yang diimport. Saya tidak akan menerima tempahan custom-made bagi kategori pad ini, sebaliknya menjahit secara "limited edition". Siapa cepat, dia dapat.

Sedikit hint: 
- pad ready stock
- inner bamboo terry untuk lebih serapan dan hipoalergenik
- flannel berkualiti dari US lebih tebal dengan corak sangat menarik!
- harga berbaloi-baloi

Nantikan kedatangan pad ini pada pertengahan Februari 2011 kerana itu bulan kelahiran saya (^o^)//

Terima kasih..

02 Januari 2011

BERITA TAHUN BARU

Mesin jahit daku rosak. Esok (Isnin) akan hantar ke kedai untuk dibaiki. Dah 4 tahun pakai tak ber-service. Hehehe..padan muka :p

Jadi, kepada customers yang menempah pad dan lampin, harap bersabar ye. Bukan kehendakku jadi begini.

Semoga tidak perlu membeli mesin baru..hehe..

15 Disember 2010

UPDATE ORDERS

Kepada pelanggan-pelanggan (you know who you are) yang saya sangat  hormati, pantiliners and pads anda masih dalam pembikinan. Baru-baru ini saya dijangkiti (em?) sakit bahu dan leher akibat terlampau asyik menjahit..aduhai..saya dinasihati agar take it slow and easy. Ini pun curi-curi masa online dan update blog.

Kebanyakan pad/pantiliner telah siap dicantum. Menunggu masa ke kedai jahit tepi untuk finishing. Insyaallah, semuanya akan dipos paling lewat Isnin depan. Minta maaf banyak-banyak..saya tahu tiada yang hantar surat complaint sebab lambat kepada saya. Semuanya macam pakat-pakat jadi understanding sangat-sangat. Appreciate it!! Thanks!

Simple note of reminder:

-Saya adalah full time mommy kepada dua cahayamata.
-Menjahit jatuh di tangga kedua.
-Maafkan saya kerana keutamaan belum boleh ditukar menjadi sebaliknya.
-Biasanya, jika tiada tempahan lain sebelum tempahan anda, dalam masa seminggu siap jahitan dan terus pos. Sudah ditulis di sini.
-Tapi kebanyakan kali, jadual seharian saya penuh dengan tempahan.
-Maka, sistem keutamaan siapa dulu order saya praktikkan. Ikut giliran ye?
-Jika tidak boleh menunggu, saya boleh pulangkan wang anda.
-Memang susah nak cepat menjahit, bayangkanlah nak buat ready stock pun tak sempat. Saya sudah menolak banyak permintaan untuk menjadi reseller. Tak terkejar untuk menyediakan semuanya..

21 November 2010

JUALAN PENGHABISAN STOK

Pad-pad di bawah sudah diberi diskaun dan pastinya berbaloi-baloi! Harga ditunjukkan tidak termasuk kos penghantaran.


3 keping light pad.
1 light pad biru (butang snap jahit tangan).
RM35
1 heavy pad, 1 regular pad, 1 light pad.
RM42

2 heavy pad, 1 regular pad.
RM50


2 night pad.
1 night pad (shorter wings).
RM65


Beli semua (gabungan semua di atas tadi):
RM190


ALL SOLD TO MS. FARAH
Terima kasih :)

15 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Ummi Pad ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA HAJI kepada penganut agama Islam sekalian. Selamat berkorban dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Dengan ini, Ummi Pad menghentikan sementara business dan akan menerima tempahan selepas cuti nanti :)

13 November 2010

PENGHANTARAN PERCUMA


Sempena raya haji :)


Syarat-syaratnya:
  • Bagi jumlah pembelian melebihi RM50 sahaja bagi mana-mana style pad
  • Hanya kepada pembeli beralamat di Malaysia
  • Promosi bermula dari 10/11/2010 hingga 12/11/2010
  • Nyatakan kod "PROMOSI RAYA HAJI" semasa menempah

Terima kasih!

12 November 2010

ORDER KAK SUHANA

Kami dekat je, dalam negeri Perak juga. Lepas ni datang rumah ajela, self-collect :)
Terima kasih ye Sue!


Spesifikasi:
Saiz: Large, small
Material: Fleece (100% poliester)
Soaker: Prefold modified + cotton flannel outer layers.
Style: Side snapping, comes in various sizes - not Onesize!



 Dua di atas adalah siaz medium, dua di bawah adalah saiz small. Empat keping soaker, mengikut saiz cover.



 Satu jenis ruffle, satu lagi jenis standard turn-and-topstitch.



 Soaker - modified dari prefold. Kain luar adalah cotton flannel.



 Letak saja soaker di atas (bahagian dalam) cover, pakai macam biasa. Boleh juga menggunakan insert mikrofiber di bawah soaker ini.

11 November 2010

EZdipe UNTUK PEMENANG CONTEST UMMI PAD

Nama pattern: EZdipe
Saiz: Medium
Material: Fleece (100% poliester)
Soaker: Microcotton
Style: Side snapping, comes in various sizes - not Onesize!


Saje try teknik 'ruffle' ni. Memang leceh nak buat,with all the top-stitching. Tapi sangat satisfied dengan hasilnya. Hopefully muat la semua anak-anak yang bakal menerima diaper cover ni..


 Tiga 'beradik' fleece diaper cover kaler pelangi. Hanya ada tiga seumpamanya di Malaysia ini. Hehehe!


Cuma letakkan (lay-in) soaker tu, dan terus pakaikan ke anak. Tiada pocket untuk stuff-in atau snap-in soaker. Atleast not yet for now. Sepatutnya, ia snug fitting :)

PEMENANG KATEGORI INSPIRED CONTEST UMMI PAD

Ada dua pemenang. Kedua-duanya menerima pad jenis contoured, sama corak..sama bilangan :)



Setiap pemenang menerima dua keping regular pad, satu keping light pad dan satu pantyliner.


To Kawther and Asikeen, hope you guys like it!
Do not hesitate to contact me if there's any inquiry :)

ORDER WADIINA

Terima kasih Wadiina!! ^^
Mula-mula ingatkan Wardina artis tu..hehe!

 Tiga keping pantyliner bagi setiap jenis - signature dan contoured.
Pandangan hadapan.

Pandangan belakang.


Hope you like it sis! :)

ORDER KAK OREN

Terima kasih k.Oren aka k.Shuhada!



 Lima keping light wing pad


 Backing adalah plain purple-pink.


 Lima keping pantyliners style contoured.


 Backing adalah pink checker.



**********************************************

K.Oren juga adalah pemenang Ummi Pad Contest kategori Incredible.
So, menang pad (lagi!) dan fleece diaper cover.



A box of goodies for you kak. Hope you like it ^^

ORDER FARAH DIZA

Terima kasih Farah!


 Hari ni pakai corak cartoon rabbit..



Esok pakai corak bunga-bunga purple! ^^



5 keping pad ini adalah dari seleksi Pakej A
RM42 sahaja (wow!!)
Depan-belakang corak berbeza :)

ORDER KAK DORA

Terima kasih kak!

 Custom-made. Regular wing pad extra long.



 Custom-made. Heavy wing pad. Extra long.



Custom-made. Night pad, signature. Extra long.


Semoga selamat sampai ke tangan tuannya :)

ANOTHER REVIEW - FROM EMAIL

Thanks Kak Dora, my very-the-best returning customer. Yep, returning..hehe!



09 November 2010

REVIEW YANG SANGAT BERHARGA II

From Anic of Anything Handmade:

Thank you so much friend!



Anic menjahit pad kain juga. Jadi pastinya dia faham akan kriteria yang diperlukan pada sekeping pad. Pad saya sangat humble, tidak mewah dan bukanlah produk imported. Apabila diberi review seperti itu, saya sangat berbesar hati :) Terima kasih sekali lagi! Anda boleh membaca entri di blog Anic tentang pad kain di Malaysia berserta linknya.

Jika anda berminat untuk menjadi Ummi Pad tester seperti Anic, sila email saya di solehah_insyaallah@yahoo.com.my


p/s: Ada lagi ke sesiapa yang sudah membeli dan buat review Ummi Pad? Hubungi saya supaya boleh saya buat entri tentang anda ^^

31 Oktober 2010

SAYA JUGA MENJAHIT LAMPIN

Oleh kerana anak-anak saya memakai lampin kain moden (modern cloth diaper), maka menjadi kemestianlah bagi saya untuk belajar menjahit lampin kan? Hehe..sama halnya pad kain. Saya menjahit kerana saya sendiri memakainya. 

Jika berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, boleh email saya di solehah_insyaallah@yahoo.com.my




Jika sudi, boleh singgah sini sekejap. Terima kasih..

22 Oktober 2010

TERIMA KASIH!


  •  
  •  
  •  
  • Kepada sahabat yang membeli
  • Kepada sahabat yang 'bloghopped' ke sini
  • Kepada sahabat yang bertanya dan memberi komen
  • Kepada yang berminat tetapi belum berani membeli
  •  
  •  
  •  


20 Oktober 2010

REVIEW YANG SANGAT BERHARGA

Precious to me, that is. Thanks you sis Zufina ^^




 Please read the review that she wrote, as how to get some ideas on the cloth pads available in the market. Not only my brand of pad, but others also ^^


19 Oktober 2010

CARA FOLDING UMMI PAD

Pada pad saiz heavy flow dan night time pad, ada dua snap button pada salah-satu wing-nya. Satu untuk dibutangkan di seluar dalam, dan lagi satu untuk melipat pad supaya jadi kecil. Lihat gambar untuk lebih faham:

 Perhatikan ada dua butang pada wing yang dilipat itu.


 Gambar ini sepatutnya menggambarkan kedudukan wing yang telah dibutangkan pada seluar dalam.



Double folding di bahagian yang lebih panjang tu, untuk melipat kemas:








Faham kan? Hehe..mudah saja. 
Pad yang telah dilipat begini kemas sedia untuk dibawa ke mana-mana!